PERKARA/ PEMBACA | BUTIRAN | CATATAN |
Ketibaan Tetamu |
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. |
|
Ketibaan VIP |
Tuan-tuan dan puan-puan,
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Tn. Hj. Abdul Muie bin Ngah, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Sektor Pengurusan Sekolah. Selamat datang tuan. |
|
Nyanyian lagu Negaraku |
Hadirin-hadirat yang dihormati,
Bagi menzahirkan kecintaan terhadap watan, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri. Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.
|
|
Ucapan Alu-aluan |
Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum w.b.t Salam Setiu Synergize.
Kuning emas masaknya padi, Runduk ke tanah menjadi resmi; Terima kasih daun keladi, Kerana sudi menyertai kami.
Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh bermakna, kami bawakan kepada anda, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Setiu Tahun 2020.
Tumbuh menyerlah di hujung muara, Bunga kemboja dibuat jualan; Lafaz bismillah pembuka bicara, Ucapan alu-aluan saya mulakan.
Yang Berusaha, Tn. Hj. Abdul Muie bin Ngah, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sektor Pengurusan Sekolah, mewakili Cikgu Salim bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.
Yang Berusaha Tn Hj Mohd. Yasmin bin Yusof Pegawai Pendidikan Daerah Setiu
Yang Berusaha Timbalan-timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Setiu
Yang Berusaha Penolong-penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu
Yang Berusaha Pengetua-pengetua dan Guru-guru Besar Daerah Setiu
Yang Dihormati, Guru-guru dan kakitangan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Terlebih dahulu kami mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilalhi kerana dengan izinnya maka kita dapat sama-sama berkumpul pada pagi ini untuk melaksanakan salah satu agenda utama PPD Setiu iaitu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020.
Selaku pengemudi acara, izinkan kami berkongsi sedikit latar belakang penganjuran majlis kita pada pagi ini. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 merupakan majlis yang begitu istimewa untuk meraikan guru dan kakitangan pendidikan daerah Setiu yang telah mencapai prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2020. Secara lazimnya program ini menghimpunkan penerima anugerah bersama-sama tetamu kehormat di dalam dewan ketika sesi penganugerahan. Namun berikutan situasi semasa negara kita yang masih dibayangi pendemik Covid-19, penganjuran majlis kali ini sedikit berbeza. Selain diadakan secara bersemuka dengan penjarakannya yang terjaga, majlis ini juga boleh diikuti secara maya. melalui aplikasi Youtube Setiu Synergize dan Facebook Pejabat Pendidikan Daerah Setiu. Pada majlis kali ini seramai 175 orang warga pendidikan daerah Setiu akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. | |
Bacaan al Quran |
Bunga mawar cantik tersemat Hadirin yang dimuliakan, Alhamdulillah. |
|
Ucapan Tuan PPD |
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Ucapan sebagai alu-aluan, Mari tuan sama-sama kita amati.
Acara kita diteruskan lagi, dengan ini majlis menjemput Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd. Yasmin bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pegawai Pendidikan Daerah Setiu atas ucapan sebentar tadi. | |
Persembahan nyanyian solo |
Hadirin yang dihormati, Bagi memeriahkan majlis pada pagi ini, sebagai penghargaan dan kenangan, marilah sama-sama kita menikmati persembahan nyanyian solo yang akan dipersembahkan oleh En. Azli Azri bin Che Ali, guru dari SK Jelapang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Azli Azri bin Che Ali atas persembahan nyanyian solo sebentar tadi. |
|
Ucapan Perasmian |
Semerbak mewangi buah kuini, wangi tak sama si buah pala; Semaraklah lagi majlis ini, ucapan perasmian akan bermula.
warga dewan yang dimuliakan,
Seterusnya majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Abdul Muie bin Ngah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Sektor Pengurusan Sekolah, mewakili Cikgu Salim bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu untuk menyampaikan ucap utama, dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Setiu Tahun 2020. Dengan penuh takzim, dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Tn. pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sebentar tadi. | |
Penyampaian Sijil APC (Pegawai dan AKP PPD Setiu, Pengetua dan Guru Besar.
|
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya sekali lagi majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd. Yasmin bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, mengiringi Yang Berusaha, Tn. Hj. Abdul Muie bin Ngah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Sektor Pengurusan Sekolah untuk menyempurnakan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada penerima anugerah APC bagi tahun 2020.
Memulakan senarai ialah penerima dari Pejabat Pendidikan Daerah Setiu. Dijemput……………………………………………………... Seterusnya……………………………………………………
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyempurnaan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebentar tadi.
|
|
| ||
Penyampaian Sijil APC (Semua guru dan AKP sekolah) |
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 kepada guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana Sekolah-sekolah Daerah Setiu. Untuk makluman semua penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini dibuat secara maya.
Memulakan senarai ialah penerima dari SMK Tengku Ibrahim iaitu…………………………………………………..
Penerima APC seterusnya ialah dari SMK Sungai Tong, iaitu……………………………………………………………
Dari SMK Saujana, penerimanya ialah……………………
Dari SMK Penarek, penerimanya ialah……………………
Dari SMK Putera Jaya penerimanya ialah………………..
Dari SMK Pelong, penerimanya ialah……………………..
Dari SMK Lembah Bidong, penerimanya ialah…………..
Dari SMK Bukit Nenas, penerimanya ialah……………….
Dari SMK Chalok, penerimanya ialah…………………….
Dari SMK Guntong, penerimanya ialah…………………...
Dari SMK Langkap, penerimanya ialah…………………...
Dari Sekolah Menengah Agama Setiu, penerimanya ialah…………………………………………………………...
Dari Sekolah Menengah Imtiaz Setiu, penerimanya ialah……………………………………………………………
Dari Sekolah Menengah Sains Setiu, penerimanya ialah……………………………………………………………
Dari SK Felda Chalok Barat, penerimanya ialah…………
Dari SK Seri Kasar, penerimanya ialah…………………...
Dari SK Banggol, penerimanya ialah………………….......
Dari SK Bari, penerimanya ialah…………………………...
Dari SK Bari Sungai Tong, penerimanya ialah…………...
Dari SK Batu 29, penerimanya ialah………………………
Dari SK Bintang, penerimanya ialah………………………
Dari SK Bukit Mundok, penerimanya ialah………………..
Dari SK Bukit Putera, penerimanya ialah…………………
Dari SK Chalok, penerimanya ialah……………………….
Dari SK Guntong, penerimanya ialah..……………………
Dari SK Guntong Luar, penerimanya ialah……………….
Dari SK Jelapang, penerimanya ialah……………………..
Dari SK Kampung Besut, penerimanya ialah…………….
Dari SK Kampong Jaya, penerimanya ialah……………...
Dari SK Kampong Tayor, penerimanya ialah…………….
Dari SK Kampung Buloh, penerimanya ialah…………….
Dari SK Kampung Fikri, penerimanya ialah………………
Dari SK Kampung Fikri Sungai Tong, penerimanya ialah
Dari SK Kampung Bukit, penerimanya ialah……………...
Dari SK Kampung Rahmat, penerimanya ialah…………..
Dari SK Kuala Setiu, penerimanya ialah………………...
Dari SK Langkap, penerimanya ialah……………………..
Dari SK Lembah Jaya, penerimanya ialah………………..
Dari SK Lubok Teras, penerimanya ialah…………………
Dari SK Mangkok, penerimanya ialah……………………..
Dari SK Merang, penerimanya ialah……………………… Dari SK Merbau Menyusut, penerimanya ialah………….
Dari SK Pak Ba, penerimanya ialah……………………….
Dari SK Panchor Merah, penerimanya ialah…………….
Dari SK Payong Baru, penerimanya ialah………………...
Dari SK Pelong, penerimanya ialah……………………….
Dari SK Penarek, penerimanya ialah……………………...
Dari SK Permaisuri, penerimanya ialah…………………...
Dari SK Putera Jaya, penerimanya ialah………………….
Dari SK Rhu Sepuluh, penerimanya ialah………………...
Dari SK Saujana, penerimanya ialah……………………..
Dari SK Seri Langkap, penerimanya ialah………………..
Dari SK Sungai Las, penerimanya ialah………………….
Dari SK Sungai Lerek, penerimanya ialah………………..
Dari SK Sungai Tong, penerimanya ialah………………...
Dari SK Telaga Papan, penerimanya ialah……………….
Majlis merakamkan ucapan tahniah kepada para penerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 itu tadi. | |
Bacaan doa
|
Sutera bersulam indah buatan, Untuk dipakai di hari mulia; Doa dipanjatkan mohon keberkatan, Semoga Yang Esa mencurahkan kurnia.
Hadirin yang dihormati sekalian, Agar majlis kita ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT, majlis dengan penuh takzim mempersilakan al-Fadhil Ustaz Mohd. Razali bin Ismail, Penolong PPD Pendidikan Islam untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada al Fadhil Ustaz Mohd. Razali bin Ismail yang telah memimpin bacaan doa itu tadi. |
|
Ucapan penutup |
Warga dewan yang dimuliakan,
Majlis kita telah pun sampai ke penghujungnya. Umpama mendaki dah pun sampai ke puncak, Umpama menghilir dah pun sampai ke muara, Umpama belayar dah pun sampai ke pulau.
Andai kata salah ditutur, Andai laku tersalah cara, ampun dan maaf kami pinta.
Maka sempurnalah sudah Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Setiu Tahun 2020. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan majlis ini amat dihargai. Sampan kolek mudik ke Tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung.
Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan atas setiap kesilapan dari tutur kata mahupun laku cara, berjumpa lagi pada lain ketika.
|
|
Sesi bergambar |
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan, dipersilakan semua penerima APC 2020 yang berada di dewan untuk sesi penggambaran.
Terima kasih. |
|
TEKS PENGERUSI MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2020 PPD SETIU (29 September 2021)
.

Ulasan
Catat Ulasan