TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH SETIU
(30 November 2021)
PERKARA/ PEMBACA | BUTIRAN | CATATAN |
Ketibaan Tetamu
|
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita bermula sebentar lagi. |
Zarina
|
Ketibaan VIP |
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Cikgu Salim bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan tetamu kehormat masuk ke dewan
Selamat datang tuan.
|
Zarina |
Negaraku & lagu Pendidikan Terengganu |
|
|
Ucapan Alu-aluan |
Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillah… Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan Salam Setiu Synergize.
Kuning emas masaknya padi, Runduk ke tanah menjadi resmi; Terima kasih daun keladi, Atas kesudian menyertai kami.
Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa enak terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh bermakna, kami bawakan kepada anda, Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Setiu Tahun 2021.
Yang Berusaha, Cikgu Salim bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Yang Berusaha Cikgu Haji Mohd. Yasmin bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu
Yang Berusaha Tuan Haji Jazlan bin Mohd Amin, wakil Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri Bin Mohd Nor, ADUN Langkap
Yang Berusaha Cikgu Che Adan bin Che Muda, Yang DiPertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Setiu
Yang Berusaha Cikgu Zainuddin bin Dollah, Yang DiPertua Majlis Guru Besar Daerah Setiu
Yang Berusaha Timbalan-timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
Yang Berusaha Timbalan-timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Setiu
Yang Berusaha Penolong-penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu
Yang Berusaha Pengetua-pengetua dan Guru-guru Besar Daerah Setiu
Yang Dihormati, Guru-guru penerima anugerah sempena sambutan hari guru
Jawatankuasa sambutan hari guru Para penaja yang budiman Warga pendidik yang diraikan Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sidang penonton yang bersama-sama dalam siaran secara langsung majlis sambutan hari guru peringkat Daerah Setiu bagi tahun 2021.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Cikgu Salim bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu serta tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik sekalian ke majlis hari ini.
Alhamdulillah, Terlebih dahulu kami mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka kita dapat sama-sama berkumpul pada pagi ini untuk melaksanakan salah satu agenda utama PPD Setiu iaitu Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Setiu yang bertemakan Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.
Selaku pengemudi acara, izinkan kami berkongsi sedikit latar belakang penganjuran majlis kita pada pagi ini. Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Setiu ini merupakan majlis yang begitu istimewa untuk meraikan semua warga pendidik Daerah Setiu yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Berikutan situasi semasa negara kita yang masih dibayangi pendemik Covid-19, penganjuran majlis kali ini adalah secara bersederhana megikut SOP yang telah digariskan. Selain diadakan secara bersemuka dengan penjarakannya yang terjaga di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu ini, majlis ini juga boleh diikuti secara maya melalui aplikasi Youtube Setiu Synergize dan Facebook Pejabat Pendidikan Daerah Setiu. Kami mengharapkan agar majlis ini dapat direalisasikan dengan jayanya. In sya Allah… |
Halim
Zarina |
Bacaan al Quran |
Bunga mawar cantik tersemat Hadirin yang dimuliakan, Ngaji
Alhamdulillah.
|
Halim |
Ucapan Tuan PPD |
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Ucapan sebagai alu-aluan, Mari tuan sama-sama amati.
Meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Cikgu Hj. Mohd. Yasmin bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Ucapan PPDS
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Setiu atas ucapan sebentar tadi.
|
Zarina |
Persembahan nyanyian solo |
Warga dewan yang dihormati, Bagi memeriahkan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita nikmati persembahan nyanyian solo yang akan dipersembahkan oleh Cikgu Azli Azri bin Che Ali, guru dari Sekolah Kebangsaan Jelapang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Nyanyian
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azli atas persembahan nyanyian solo sebentar tadi. |
Halim |
Ucapan Perasmian |
Semerbak mewangi buah kuini, Wangi tak sama si buah pala; Semaraklah lagi majlis ini, ucapan perasmian akan bermula.
Hadirin yang dimuliakan,
Seterusnya majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Salim bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu untuk menyampaikan ucap utama dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Setiu tahun 2021. Dengan penuh takzim, dipersilakan.
Ucapan Pengarah
Majlis sukacitanya memohon tuan pengarah untuk terus berada di pentas bagi menyempurnakan acara seterusnya.
|
Zarina |
Gimik Perasmian |
Hadirin dan hadirat sekalian, Seterusnya majlis mempersilakan Cikgu Hj. Mohd. Yasmin bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, dan barisan timbalan PPD Setiu ke pentas utama mengiringi Yang Berusaha, Cikgu Salim bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu untuk menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan…
Gimik
Bagi makluman tuan pengarah serta sidang hadirin sekalian, robot yang digunakan semasa gimik perasmian tadi adalah hasil rekaan Adik Muhammad ZulHaziq bin Ahmad, murid Pendidikan khas masalah pembelajaran dari Program Pendidikan khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bintang, Setiu, Terengganu.
|
Halim |
Penyampaian Sumbangan |
Majlis sekali lagi memohon jasa baik tuan pengarah untuk terus berada di pentas bagi menyaksikan penyampaian cenderamata penghargaan daripada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Setiu kepada semua penaja serta penyerahan Mock Cheque daripada para penaja kepada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Setiu.
Untuk itu dipersilakan 1. Wakil Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor untuk menerima cenderamata 2. Wakil Syarikat Mextex Corporation (M) Sdn. Bhd. Kuala Terengganu 3. Wakil PIBKS (Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta) 4. Wakil dari Bank Simpanan Nasional 5. Wakil dari Bank Islam Malaysia Berhad 6. Wakil dari Ko Guru Bagi makluman Tuan pengarah serta hadirin sekalian, PPD Setiu turut menerima tajaan daripada pihak Bank Rakyat. Namun begitu, mereka tidak dapat hadir bersama-sama kita pada pagi ini kerana sedang dikuarantin.
Pihak PPD Setiu merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penaja, semoga ikatan ukhuwah dan kerjasama yang terjalin ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.
Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha Cikgu Salim bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.
|
Halim |
Bacaan Ikrar |
Sidang warga dewan yang dimuliakan,
Seperti kelaziman sambutan hari guru, tidak lengkap kiranya tiada lafaz ikrar guru. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang DiPertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Setiu, Yang DiPertua Majlis Guru Besar Daerah Setiu serta semua timbalan PPD Setiu untuk bersama-sama Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Setiu bagi melafazkan ikrar guru. Dengan hormatnya dipersilakan… Untuk itu juga, semua hadirin dipersilakan berdiri.
ikrar
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Haji Mohd Yasmin bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu kerana mengetuai lafaz ikrar sebentar tadi.
|
Zarina |
Nyanyian Guru Malaysia |
Hadirin sekalian, Bagi melengkapkan lagi sambutan perayaan hari guru pada tahun ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengarah dan semua hadirin warga dewan berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Guru Malaysia. Dipersilakan…
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada tuan pengarah dan semua hadirin atas nyanyian itu tadi.
|
Zarina |
Penyampaian Anugerah |
Dari Johor menuju ke Kedah Bawa Bersama si buah perah Ikrar sudah nyanyi pun sudah Ayuh beralih ke penyampaian anugerah Hadirin yang dihormati,
Seterusnya sekali lagi majlis mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Haji Mohd. Yasmin bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, bagi menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Cikgu Salim bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu untuk menyempurnakan penyampaian anugerah kepada penerima. Dipersilakan...
Bagi makluman warga dewan dan warga maya sekalian, pada tahun ini sebanyak 20 anugerah termasuk tokoh guru telah dikenalpasti oleh Pejabat Pendidikan Daerah Setiu.
Anugerah pertama pada pagi ini adalah 1. Anugerah Guru Cemerlang Akademik Sekolah Rendah: Dipersilakan penerimanya Cikgu Mazura binti Ghazali dari Sekolah Kebangsaan Bintang
2. Anugerah Guru KoAkademik Sekolah Rendah: Dipersilakan penerimanya Cikgu Ahmad Aiman bin Abu Bakar, juga dari Sekolah Kebangsaan Bintang
3. Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah: Dipersilakan penerimanya Cikgu Aisyaturadiah binti Muhamad dari Sekolah Kebangsaan Putera Jaya
4. Anugerah Guru Cemerlang HEM: Dipersilakan penerimanya Cikgu Muhammad Syarif bin Mohd Nor dari Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek
5. Anugerah Guru Cemerlang Sukan Sekolah Rendah: Dipersilakan penerimanya Cikgu Zurina Azra binti Che Abdul Rashid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri Sungai Tong
6. Anugerah Guru Cemerlang Akademik Sekolah Menengah: Dipersilakan penerimanya Cikgu Noorhafizah binti Adenan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong
7. Anugerah Guru KoAkademik Sekolah Menengah: Dipersilakan penerimanya Cikgu Azmi bin Jaafar, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim
8. Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah: Dipersilakan penerimanya Cikgu Norhanani binti Long dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong
9. Anugerah Guru Cemerlang Sukan Sekolah Menengah: Dipersilakan penerimanya Cikgu Mohamad Azhar bin Ma Hasan dari Sekolah Menengah Sains Setiu
10. Anugerah Pengurusan Pendidikan Khas Cemerlang: Dipersilakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh
11. Anugerah Pengurusan Program Pemulihan Khas Cemerlang: Dipersilakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat 12. Anugerah Pengurusan Pra Sekolah Cemerlang: Dipersilakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chalok
13. Anugerah Pengurusan Tingkatan Enam Cemerlang: Dipersilakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok
14. Anugerah Pengurusan Kaunseling Cemerlang: Dipersilakan Pengetua Sekolah Menengah Sains Setiu
15. Anugerah Pengurusan Cemerlang Sekolah Rendah: Dipersilakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bintang
16. Annugerah Pengurusan Cemerlang Sekolah Menengah: Dipersilakan Pengetua Sekolah Menengah Agama Setiu
17. Anugerah Khas PPD (i): Dipersilakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong
18. Anugerah Khas PPD (ii): Dipersilakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas
19. Anugerah Guru Inovatif Daerah: Dipersilakan penerimanya Cikgu Nordin bin Ismail dari Sekolah Kebangsaan Pak Ba
Hadirin sekalian, Sebelum kami umumkan dan mempersilakan penerima anugerah Tokoh Guru Daerah pada tahun ini, sama-sama kita saksikan paparan video yang telah disediakan. Dipersilakan…
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kami dengan berbesar hati dan sukacitanya mempersilakan Puan Wati binti Ibrahim untuk menerima Anugerah Tokoh Guru Daerah Setiu tahun 2021. Syabas dan Tahniah kami ucapkan…
[Naik Pentas terima anugerah]
Sekali lagi kami mengucapkan sekalung tahniah kepada Puan Wati binti Ibrahim atas penganugerahan Tokoh Guru Daerah Setiu tahun 2021.
Majlis sekali lagi mempersilakan tuan pengarah untuk menyempurnakan upacara pemotongan kek. Dipersilakan juga semua timbalan PPD Setiu, wakil Bank Simpanan Nasional, wakil Bank Islam Malaysia Berhad, wakil Ko-Guru, wakil MPSM Daerah Setiu dan wakil MGB Daerah Setiu ke pentas utama untuk tujuan tersebut. (potong kek)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah serta semua yang telah menyempurnakan upacara pemotongan kek hari guru sebentar tadi.
|
Halim
Halim (no ganjil)
Zarina (no genap)
Zarina
Halim |
Fasa II – 5 bintang PKPPD
| Tunggu cue gimik montaj [Montaj 5 bintang PKPPD]
Bagi melengkapkan upacara meraikan kejayaan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu atas penarafan 5 bintang bagi Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah (PKPPD) tahun 2020, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Cikgu Salim bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu untuk upacara pemotongan riben pada bunting khas pkppd setiu. Dengan hormatnya dipersilakan…
Seterusnya dipersilakan tuan pengarah untuk menurunkan tandatangan pada bunting tersebut.
Bagi makluman semua hadirin, markah PKPPD Pejabat Pendidikan Daerah Setiu adalah 97.55% iaitu yang tertinggi di Negeri Terengganu bagi tahun 2020.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah
[Turun pentas] |
Halim
|
Makan-makan |
Sungguh indah bunga kemboja Di bawah atap di tepi halaman Juadah sudah tersedia di meja Sudilah santap tuan Budiman
Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan untuk menjamu selera…
|
Zarina
|
Persembahan Nyanyian MGB dan Solo |
Hadirin hadirat yang dimuliakan sekalian,
Dari Kedah ke Kuala Perlis Singgah bersantai di tepi jeti Persembahan nyanyian serikan majlis Semoga hadirin terhibur di hati
Sambil menikmati hidangan yang disediakan, marilah kita sama-sama mendengar persembahan yang akan disampaikan oleh Cikgu Azri. Dipersilakan…
[Cgu Azri Nyanyi] [Nyanyian MGB] | Zarina |
Kejutan Pengarah |
[utk back up plan] Sidang warga dewan dan warga maya yang dihormati sekalian,
Mohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk pinjamkan mata dan telinga seketika bagi memberi tumpuan kepada montaj khas yang pihak kami sediakan. Dipersilakan…
Montaj persaraan pengarah
|
Halim |
Ucapan Pengarah |
Majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Salim Bin AB Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai azimat dan ingatan untuk kami warga pendidik daerah setiu.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Majlis memohon Yang berusaha tuan pengarah terus berada di pentas untuk menerima cenderamata.
Dengan ini dipersilakan 1. Yang berusaha Cikgu Haji Mohd Yasmin bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu untuk menyampaikan cenderamata kepada tuan pengarah. 2. Seterusnya dipersilakan Cikgu Che Adan Bin Che Muda, Yang DiPertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Setiu. 3. Dipersilakan pula Cikgu Zainuddin bin Dollah, Yang DiPertua Majlis Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Setiu 4. Seterusnya dipersilakan wakil PIBKS untuk menyampaikan cenderamata kepada Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut serta dalam penyampaian cenderamata penghargaan kepada tuan pengarah sebentar tadi. Bagi makluman semua hadirin, In sya Allah tuan pengarah akan bersara pada awal tahun hadapan. Semoga majlis pada hari ini menjadi antara kenangan terindah di sepanjang perkhidmatan tuan.
|
Zarina |
Bacaan doa
|
Sutera bersulam indah buatan, Untuk dipakai di hari mulia; Hidangan tersedia untuk dimakan Moga Yang Esa mencurahkan kurnia
Hadirin yang dihormati sekalian, Agar majlis kita ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT, majlis dengan penuh takzim mempersilakan al-Fadhil Ustaz Mohd. Razali bin Ismail, Penolong PPD Pendidikan Islam untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada al Fadhil Ustaz Mohd Razali bin Ismail yang telah memimpin bacaan doa itu tadi. |
Halim |
Ucapan penutup |
Warga dewan yang dimuliakan,
Majlis kita telah pun sampai ke penghujungnya. Umpama mendaki dah pun sampai ke puncak, Umpama menghilir dah pun sampai ke muara, Umpama belayar dah pun sampai ke pulau.
Andai kata salah ditutur, Andai laku tersalah cara, ampun dan maaf kami pinta.
Maka sempurnalah sudah Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Setiu Tahun 2021. Sebelum berundur, kami mewakili Jawatankuasa kerja Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Setiu tahun 2021 mengucapkan jutaan terima kasih, Syukran Jazilan dan Thank you very much kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Sampan kolek mudik ke Tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung.
Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan atas setiap kesilapan dari tutur kata mahupun laku cara, berjumpa lagi pada lain ketika. |
Zarina
Halim |
Sesi bergambar |
Hadirin yang dihormati, Sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan, dipersilakan semua penerima anugerah pada hari ini ke pentas utama untuk sesi penggambaran. Terima kasih. |
Zarina |

Ulasan
Catat Ulasan